Thursday, 28 August 2014

..C.I.N.T.A..

Duhai SAHABAT...
CINTA itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot
KETAKWAAN, 
diwarnai indah dengan warna-warna
KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan
ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu dengan kelengkapan 
ILMU...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang
 CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot 
TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna
IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan 
ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang 
CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
“Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot 
TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar 
TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...”

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna
IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna 
IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan
 ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani 
HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara 
HIKMAH ku...

Kau tahu wahai 
CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku.

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA......

Wednesday, 27 August 2014

#waNITA terAGung


‘(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan suami-nya jika ia melihatnya, mentaati suami-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi suami-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’”
(HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).


Beberapa Keistimewaan Wanita Yang Di Anugerahkan Allah SWT ;

*      Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

*      Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak sholeh. Wanita Solehah Lebih baik dari 70 laki-laki soleh

*      Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah.Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

*      Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga)

*      Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

*      Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

*      Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

*      Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

*      Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

*      Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

*      Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

*      Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

*      Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

*      Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (penebus) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca; “Alhamdulillahi ’alaa kulli haalin wa astaghfirullaah”.
~> Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari api neraka dan dengan mudah melalui shirathal mustaqim yang aman dari seksa,bahkan Allah SWT mengangkat darjatnya, seperti darjat 40 orang yang mati syahid,apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

*      Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

*      Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

*      Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

*      Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan memberikan kabar gembira bahwa syurga adalah balasannya.

*      Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.

*      “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan anaknya, Allah akan memberikan pahala kebaikan sebanyak helai rambut mereka dan menghapus sebanyak itu pula dosa-dosanya dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
*      Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohonkan ampun untuknya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat.


*      Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang,akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat.

*      Wanita yang melayani dengan baik kepada suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

*      Jika suami mengajarkan isterinya satu hal akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

*      Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

*      Semua orang akan dipanggil untuk melihat Wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

*      Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, seseorang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata , “Siapakah orang yang paling berhak untuk saya temani dan saya layani?”, Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki i Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab: kemudian ayahmu...



 Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...betapa istimewanya kita sebagai wanita di sisi Allah.Apakah lagi anugerah dan pertolongan Nya yg hendak kita pertikaikan??

Bersyukurlah wahai kaum hawa, sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita & memberkati (menghargai & menghormati) nya bahkan satu surah dalam Al-Qur'an dinamakan surah An-Nisa' bukti Islam memuliakan wanita... semoga bermanfaat..
.







kesempurnaan SOLAT

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah.

Apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya. Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya."
(HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.  Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)


Hadith merupakan sumber kedua umat Islam setelah al-Quran, malahan kedua-duanya perlu seiring kita pegang. Rasulullah didalam hadithnya mengingatkan kita mafhumnya, tidak akan kamu sesat selama-lamanya jika kamu pegang kepada dua perkara iaitu al-Quran dan hadith.

Monday, 25 August 2014

MALU SEorang WANIta

 Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Namun, wanitalah yang sering ditekankan dalam aspek menjaga maruah dan sifat malu kerana fitrah seorang wanita ialah indah, cantik dan menarik perhatian.
Malu selalunya menjadi kalungan mutiara yang menghiasi diri kaum hawa. Malah malu juga merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang iman. Benarlah kata-kata Sayidatina Aisyah r.a.: “sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang lelaki yang soleh dan sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat keji nescaya dia seorang yang jahat.” Begitu jualah hadith ini ditujukan kepada wanita mukminah.
Seorang wanita yang mempunyai sifat malu akan menjaga dirinya sebaik mungkin. Menjaga kehormatan dan maruah diri, menjaga penampilan, menjaga pergaulan dan peribadinya. Kerana sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seseorang  daripada melakukan perkara yang dapat menghancurkan dan memusnahkan maruah diri dan agamanya.
Sifat malu itu akan memperlihatkan kemanisan dan ketinggian akidah seseorang wanita. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap agama itu adalah akhlak, dan akhlak Islam ialah malu.” Malah, malu juga dapat memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi. Dan paling penting, sifat malu dapat menguatkan diri kita sebagai seorang mukmin kerana malu dan iman harus bergerak seiring.
"Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan agama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerahkan diri"
-Puteriku Sayang nyanyian Hijjaz-

Wahai saudariku, ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya.
Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat.
Diperhatikan oleh manusia untuk dicontohi. Diperhatikan juga oleh musuh untuk dipergunakan.
Saudariku, malu adalah kunci segala kebaikan. Maka, tanamlah sifat malu itu dalam dirimu. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" [Riwayat Bukhari]



Sunday, 24 August 2014

MUJAHADAH + IMAN



APAKAH MAKSUD MUJAHADAH ?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengertian mujahadah ialah perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam. Selain itu, mujahadah juga membawa maksud jihad. Pengertian mujahadah secara umum pula ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu!
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, “Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari.” Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada.
Hal ini kerana :

1. Hawa nafsu merupakan musuh dari dalam dan bukan musuh dari luar seperti syaitan
‘ Nafsu sentiasa mengajak aku ke jalan celaka hingga aku merasa sakit dan ngeri. Bagaimana seharusnya aku bertindak jika musuh itu menyelinap di antara tulang rusukku.’

2. Hawa nafsu ialah musuh yang disukai. Maka, manusia yang mencintainya akan menutup mata terhadap segala keaibannya.
‘Engkau tidak akan melihat keaiban orang yang engkau cintai dan orang yang engkau jadikan saudar
a, Bahkan tidak sedikitpun keaibannya akan terlihat bila engkau sudah mencintainya, Mata yang redha itu rabun terhadap keaiba. Sedangkan mata yang benci akan melihat segala keaiban yang ada.’



Imam Al-Ghazali berkata lagi, “Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T. Oleh sebab itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu taqwa.” Dengan mempunyai sifat takwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T




PENGERTIAN TAQWA 




Taqwa bererti takut, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. Firman-Nya yang bermaksud :-
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.”

(Surah Ali-Imran Ayat 102)
Dengan adanya sifat taqwa dalam diri, kita akan lebih mudah menguatkan diri kita dalam bermujahadah. Masakan tidak, perasaan takut kepada Allah S.W.T yang wujud dalam diri akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan seharian.
 Sebagai contoh Sekiranya kamu dikejar oleh anjing, sudah tentu kamu akan berlari sekuat-kuatnya supaya kamu tidak digigit oleh anjing tersebut. Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu cedera disebabkan oleh anjing itu? Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu luka-luka akibat gigitan anjing itu? Sampai begitu sekali tindakan kita yang mahu menjaga diri!
Tanya semula pada diri sendiri, mengapa wujudnya tindakan untuk berlari sekuat hati? Hal ini kerana lahirnya perasaan takut yang menguasai diri. Takut digigit oleh anjing dan takut diri tercedera ekoran daripada gigitan yang sungguh berbisa.
Begitulah perumpamaannya dengan perasaan takut kepada Ilahi. Malah aura takut kepada Ilahi lebih dahsyat lagi. Sekiranya wujud perasaan takut yang mendalam kepada Allah S.W.T, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga hati. Sudah pasti kita tidak akan membiarkan hati cedera walau sedikitpun.
Dengan ini, iman akan bertambah dari hari ke hari. Semua ini ekoran daripada sifat takwa yang terbit dalam diri sehingga mampu menjaga hati lalu iman pun semakin subur setiap hari! Inilah jalan mujahadah yang indah. Hanya bertakwa kepada Allah. Subhanallah!

PERINGKAT NAFSU



 Seperti yang telah kita ketahui, mujahadah yang terbesar untuk meningkatkan iman kepada Allah S.W.T. ialah mujahadah melawan nafsu. ‘Inspirasi’ mujahadah pula ialah taqwa. Jihad nafsu merupakan jihad yang paling besar. Keagungan jihad nafsu bukanlah bererti jihad yang lain tidak penting. Jihad nafsu merupakan jihad yang agung kerana sulitnya perjuangan ini. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, perjuangan ini adalah antara manusia dengan dirinya sendiri.
Namun begitu, menurut Al-Quran dan hadis, nafsu dikategorikan kepada tujuh peringkat :-


USAH MENGALAH!

Wahai sekalian manusia, usah mengalah dalam bermujahadah. Jangan mengatakan payah kerana kita semua ada Allah…!
Teruskanlah bermujahadah dan bersangka baiklah dengan Allah. Allah Maha Menilai setiap usaha yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Kadangkala, kita rasa teruji dan diuji kerana Allah mahu melihat tahap kesabaran kita dalam menempuh dugaan yang diberikan oleh-Nya. Allah mahu melihat sejauh mana kita mengharapkan pergantungan daripada-Nya.
Allah telah berfirman yang bermaksud :


“Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai-bagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihan-Nya.”

(Hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Allah juga menurut persangkaan hamba-hamba-Nya. Jika baik sangkaan hamba-Nya, maka kebaikanlah yang akan diperoleh. Begitu juga sebaliknya.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, ”Berfirman Allah Azzawajalla :


“Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadapku. Dan Aku berserta dengannya ketika dia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku.)’”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah. Jika mind set kita selalu berkata susah, maka tindakan yang ingin dilakukan juga menjadi sukar. Sukar itu lumrah kehidupan. Jika segala perkara mudah untuk dilakukan, tiadalah ‘nikmat’ kehidupan. Bertindaklah ikut kemampuan. Mulakan langkah sedikit demi sedikit untuk mendapat hasil yang berbukit! Namun, jangan sekali-kali mengeluh tetapi merintihlah.



Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala niat yang baik dan mintalah petunjuk. Allah Maha Menilai segala usaha kita dan doa yang kita panjatkan. Yang paling penting, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan dan luahan hati setiap hamba-Nya. Tiada keyakinan, maka tiadalah jalan. Put your trust in Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui yang terbaik di dalam segala perkara. Maka teruskanlah berbaik sangka! 

‘Marilah bermujahadah,
Itu bukanlah sesuatu yang mudah,
Maka, berdoalah! Merintihlah!
Agar diri tidak kalah mahupun lelah…
Bertakwalah kepada Allah,
Supaya iman tidak menjadi lemah,
Inilah jalan mujahadah yang indah,
Usahlah mengeluh walaupun payah…
!’