Puteriku,
Jangankan
lelaki biasa
Nabi
pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan
hati turut gerang
Malah
fikiran pun tak menentu
Resah
jadinya
Begitulah
perlunya engkau wahai puteriku…
Puteriku,
Luluh
hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh
jiwa dengan kasihmu
Lumrah
engkau dicipta istimewa
Melengkap
mana yang lompang
Manampal
mana yang kurang
Itulah
kuasa agung Maha Pencipta
Puteriku
sayang,
Padamu
lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu
dapur di rumah berasap
Lauk
dan nasi terhidang untuk disantap
Saban
waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu
kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu
kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus
hatimu wahai puteriku
Tidak
puteriku,
Amanah
yang kau pikul bukan hanya
Untuk
keluarga dan suami
Bukn
hanya menjadi payung
Mencorak
istana
Tetapi
kau perlu keluar ke medan juang
Kau
perlu membentuk watan berhati insan
Jangn
biarkan bangsamu terus menjadi lesu
Ayuhlah
puteri persiapkan dirimu
Bukan
esok, bukan lusa tapi sekarang
Puteriku,
Mengapa
kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya
tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah
minda anjaklah paradigmamu
Buahkan
rahim lembutmu yang
Mengandungkan
lelaki teja
Bukankah
tangan lembutmu yang
Mengasuh
pemimpin bangsa
Percayalah
puteriku….
Kau
mampu berganding menjadi
Benteng
negara
Paculah
akal budimu
Kenal
diri kenal penciptamu
Agar
kau tidak tewas tersungkur
Kerana
jatuhmu jatuhlah nusa
.jpg)
No comments:
Post a Comment