Saturday, 23 August 2014

ciNTA kitA DIsiNI

  • - jika tidak mampu menangis kerana dosa..jangan sampai pula kamu ketawa dengannya..
  • - jangan sampai apa yang kita "tidak ada" menghalang kita menghargai apa yang kita ada.
  • - dosa itu satu yang meresahkan hati kita. jika kita resah besar kemungkinan banyak dosa. kita harus menjaga hati orang sebagaiman kita menjaga hati kita supaya ia sentiasa bersih.
  • - apabila hati bersih wajah akan kelihatan jernih. bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menamat jiwa. kebahagian bukan milik wanita yang cantik walaupun sering digambarkan sedemikian.. tetapi kebahagian milik manusia yang baik itulah kenyataan.
  • - kita semua orang "berada" selagi berada di dunia. kita sentiasa ada untuk memberi kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita memberi.
  • - dengan doa kita mengharap sebaik takdir, dengan usaha kita melaksanakan sebaik tadbir. tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik.. percayalah Allak tidak akan mengewakan hambanya.
  • - ya Allah.. kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA.. bukan di alam maya.
  • - kita buat baik bukan kerana lita sudah menjadi orang yang baik..tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik.
  • - guru yang baik membuatkan kita terasa "kecik" bila melihat keluasan ilmunya. tetapi guru yang hebat diri terasa "besar" bila kita dihargai dengan ketinggian akhaknya.
  • - apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan hanya ada dua sebab nya. pertama, pertama kita tidak benar-benar inginkannya. kedua, kerana kita tidak membayar "harga" untuk mendapatkannya.. ya Allah aku malu memminta syurgamu dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa.. namun kami tetap mencintaimu walaupu cinta itu sering terganggu.
  • - perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran PERBEZAAN.
  • - apabila cinta "deman", tanggungjawablah yang akan menjaga perkahwinan sehinggan cinta pulih semula. perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab..

 cinta kita disini_ustaz pahrolmohdjuoi

No comments:

Post a Comment