APAKAH MAKSUD MUJAHADAH ?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengertian
mujahadah ialah perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam. Selain
itu, mujahadah juga membawa maksud jihad. Pengertian mujahadah secara umum pula
ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu?
Tentu sekali hawa nafsu!
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul
Abidin, “Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan
serta sukar untuk dihindari.” Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada.
Hal ini kerana :
1. Hawa nafsu merupakan musuh dari dalam dan bukan
musuh dari luar seperti syaitan
‘ Nafsu
sentiasa mengajak aku ke jalan celaka hingga aku merasa sakit dan ngeri.
Bagaimana seharusnya aku bertindak jika musuh itu menyelinap di antara tulang
rusukku.’
2. Hawa nafsu ialah musuh yang disukai. Maka,
manusia yang mencintainya akan menutup mata terhadap segala keaibannya.
‘Engkau
tidak akan melihat keaiban orang yang engkau cintai dan orang yang engkau
jadikan saudar
a, Bahkan
tidak sedikitpun keaibannya akan terlihat bila engkau sudah mencintainya, Mata
yang redha itu rabun terhadap keaiba. Sedangkan mata yang benci akan melihat
segala keaiban yang ada.’
Imam Al-Ghazali berkata lagi, “Hawa nafsu sangat
sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan
kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T. Oleh sebab
itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu taqwa.”
Dengan mempunyai sifat takwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan
sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T
Taqwa
bererti takut, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. Firman-Nya yang bermaksud
:-
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.” |
(Surah Ali-Imran Ayat 102)
Dengan adanya sifat taqwa dalam diri, kita akan
lebih mudah menguatkan diri kita dalam bermujahadah. Masakan tidak, perasaan
takut kepada Allah S.W.T yang wujud dalam diri akan membuatkan kita lebih
berhati-hati dalam mengambil tindakan seharian.
Sebagai contoh Sekiranya kamu dikejar oleh
anjing, sudah tentu kamu akan berlari sekuat-kuatnya supaya kamu tidak digigit
oleh anjing tersebut. Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu cedera
disebabkan oleh anjing itu? Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu luka-luka
akibat gigitan anjing itu? Sampai begitu sekali tindakan kita yang mahu menjaga
diri!
Tanya semula pada diri sendiri, mengapa wujudnya
tindakan untuk berlari sekuat hati? Hal ini kerana lahirnya perasaan takut yang
menguasai diri. Takut digigit oleh anjing dan takut diri tercedera ekoran
daripada gigitan yang sungguh berbisa.
Begitulah perumpamaannya dengan perasaan takut
kepada Ilahi. Malah aura takut kepada Ilahi lebih dahsyat lagi. Sekiranya wujud
perasaan takut yang mendalam kepada Allah S.W.T, kita akan lebih berhati-hati
dalam menjaga hati. Sudah pasti kita tidak akan membiarkan hati cedera walau
sedikitpun.
Dengan ini, iman akan bertambah dari hari ke hari.
Semua ini ekoran daripada sifat takwa yang terbit dalam diri sehingga mampu
menjaga hati lalu iman pun semakin subur setiap hari! Inilah jalan mujahadah
yang indah. Hanya bertakwa kepada Allah. Subhanallah!
PERINGKAT NAFSU
Seperti yang telah kita ketahui, mujahadah
yang terbesar untuk meningkatkan iman kepada Allah S.W.T. ialah mujahadah
melawan nafsu. ‘Inspirasi’ mujahadah pula ialah taqwa. Jihad nafsu merupakan
jihad yang paling besar. Keagungan jihad nafsu bukanlah bererti jihad yang lain
tidak penting. Jihad nafsu merupakan jihad yang agung kerana sulitnya
perjuangan ini. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, perjuangan ini adalah
antara manusia dengan dirinya sendiri.
Wahai sekalian manusia, usah mengalah dalam
bermujahadah. Jangan mengatakan payah kerana kita semua ada Allah…!
Teruskanlah bermujahadah dan bersangka baiklah
dengan Allah. Allah Maha Menilai setiap usaha yang dilakukan oleh
hamba-hamba-Nya. Kadangkala, kita rasa teruji dan diuji kerana Allah mahu
melihat tahap kesabaran kita dalam menempuh dugaan yang diberikan oleh-Nya.
Allah mahu melihat sejauh mana kita mengharapkan pergantungan daripada-Nya.
Allah telah berfirman yang bermaksud :
“Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai-bagai
ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihan-Nya.”
(Hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Allah juga menurut persangkaan hamba-hamba-Nya.
Jika baik sangkaan hamba-Nya, maka kebaikanlah yang akan diperoleh. Begitu juga
sebaliknya.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W.
telah bersabda, ”Berfirman Allah Azzawajalla :
“Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku
sangkakan terhadapku. Dan Aku berserta dengannya ketika dia menyebut-Ku
(berzikir kepada-Ku.)’”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah. Jika mind
set kita selalu berkata susah, maka tindakan yang ingin dilakukan juga menjadi
sukar. Sukar itu lumrah kehidupan. Jika segala perkara mudah untuk dilakukan,
tiadalah ‘nikmat’ kehidupan. Bertindaklah ikut kemampuan. Mulakan langkah
sedikit demi sedikit untuk mendapat hasil yang berbukit! Namun, jangan
sekali-kali mengeluh tetapi merintihlah.
‘Marilah
bermujahadah,
Itu bukanlah sesuatu yang mudah,
Maka, berdoalah! Merintihlah!
Agar diri tidak kalah mahupun lelah…
Bertakwalah kepada Allah,
Supaya iman tidak menjadi lemah,
Inilah jalan mujahadah yang indah,
Usahlah mengeluh walaupun payah…!’
Itu bukanlah sesuatu yang mudah,
Maka, berdoalah! Merintihlah!
Agar diri tidak kalah mahupun lelah…
Bertakwalah kepada Allah,
Supaya iman tidak menjadi lemah,
Inilah jalan mujahadah yang indah,
Usahlah mengeluh walaupun payah…!’


.jpg)

No comments:
Post a Comment