‘(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan suami-nya jika ia melihatnya,
mentaati suami-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi suami-nya
dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’”
(HR. Ahmad, al Hakim, an
Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).
Beberapa
Keistimewaan Wanita Yang Di Anugerahkan Allah SWT ;
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang tidak sholeh. Wanita Solehah Lebih baik dari 70
laki-laki soleh
Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya,darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut
akan Allah.Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga)
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat
dan puasanya.
Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah
SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ibunya.”
Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia
dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.
Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali
haidnya merupakan kifarah (penebus) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidnya membaca; “Alhamdulillahi ’alaa kulli haalin
wa astaghfirullaah”.
~> Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada
Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia bebas dari api neraka dan
dengan mudah melalui shirathal mustaqim yang aman dari seksa,bahkan Allah SWT
mengangkat darjatnya, seperti darjat 40 orang yang mati syahid,apabila dia
selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Apabila telah
lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat
di langit akan memberikan kabar gembira bahwa syurga adalah balasannya.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan
anaknya, Allah akan memberikan pahala kebaikan sebanyak helai rambut mereka dan
menghapus sebanyak itu pula dosa-dosanya dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya,
maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohonkan
ampun untuknya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang,akan dipandang oleh Allah
dengan penuh rahmat.
Wanita yang melayani dengan baik kepada suami
yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
Jika suami mengajarkan isterinya satu hal akan
mendapat pahala 80 tahun ibadah.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat Wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi
auratnya yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, seseorang datang
kepada Rasulullah saw lalu berkata , “Siapakah orang yang paling berhak untuk
saya temani dan saya layani?”, Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki itu
bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”, laki-laki
itu bertanya lagi, “Kemudian siapa lagi?” , Rasulullah menjawab, “Ibumu”,
laki-laki i Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu
‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab: kemudian ayahmu...
Sahabat-sahabat yg diRahmati Allah...betapa istimewanya kita
sebagai wanita di sisi Allah.Apakah lagi anugerah dan pertolongan Nya yg hendak
kita pertikaikan??
Bersyukurlah wahai kaum hawa, sesungguhnya Islam sangat memuliakan wanita &
memberkati (menghargai & menghormati) nya bahkan satu surah dalam
Al-Qur'an dinamakan surah An-Nisa' bukti Islam memuliakan wanita... semoga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment