Nak kongsi ini wanita
dan hijabnya... Hijab ertinya tirai atau dinding yang memisahkan antara sesuatu
dengan sesuatu.Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita Islam
daripada lelaki yang bukan muhrimnya.. Islam membentuk satu peraturan hijab,
melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis
yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui
jalan-jalan yang halal. pahrol muhammad juoi...“Hijab bukan hanya terbatas
kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia
juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu menutup auratnya dengan
sempurna tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada
persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’
untuk bertanyakan soalan.” Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki
nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya,
maka ini adalah satu kekeliruan yang besar. sebagai contohnya seseorang itu
telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan
haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak.
Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib,
boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’. Samalah halnya jika seseorang
sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas
pergaulannya dan larangan lain. >> Jadi dari petikan cerita ini,janganlah
kita mula mendekati kepada perkara yang boleh membawa kepada larangan ALLAH
seperti zina. Firman Allah dalam al-quran juga menjelaskan supaya larangan
mendekati zina.Ini adalah kerana bahaya akibat mendekati zina tersebut telah
termaktub. Moga diri kita sama2 sentiasa dipelihara oleh Allah dari mudah
terpengaruh terhadap pujuk rayu pengaruh dari syaitan laknatullah.

No comments:
Post a Comment