Thursday, 28 August 2014

..C.I.N.T.A..

Duhai SAHABAT...
CINTA itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot
KETAKWAAN, 
diwarnai indah dengan warna-warna
KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan
ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu dengan kelengkapan 
ILMU...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang
 CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot 
TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna
IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan 
ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang 
CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
“Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot 
TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar 
TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...”

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna
IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna 
IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan
 ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani 
HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara 
HIKMAH ku...

Kau tahu wahai 
CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku.

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA......

4 comments:

  1. saya suka post awak yang ini... boleh tak awak postkan lagi berkaitan sahabat kat blog awak..

    ReplyDelete
  2. awak suka ea...boleh saja... nti saya pos kan banyak2...

    ReplyDelete
  3. ok2, terima kasih... erm, ada pencerahan dari segi backgroud blog awak.. td sy tak nampak apa sy comment sb backgroud awak gelap.. :D

    ReplyDelete
  4. awak perli ea....tadi saja je.. nk sorok2 sikit....huhuhu

    ReplyDelete